Selamat Datang 2014....

Lama sgt x update blog...kemalasan..tidak berkesempatan dan ketandusan idea...hahahah...dulu ingat org berblog tu mudah...Kesibukan dan tugas dan tanggungjawap wat blog ni bersawang.........

Esok 2014 akan muncul...Moga tahun depan akan memberi sejuta rahmat dan rezki yang melimpah ruah.Umur pun makin meningkat..hihihi...byk perancangan yg diatur tuk thn 2014..Bole dikatakan 2014 adalah tahun utk bekerja.

Adib masuk form 3..akan ada peperiksaan besar pada ujung thn depan.Doa mmy agar Adib memperoleh kejayaan dlm exam tersebut. Ni tahun pertama pelaksanaanya menggantikan PMR.Tentu cabarannya akan lebih besar

Adam darjah 4. Tahap 2 sudah.Jangan di bawa- bawa perangai lama sudahlah...dh makin besar anak mmy.
Adwa pon akan masuk 2 thun.Setakat ni gigi dh 7 batang..Tp sepatah perkataan yg terang lg jelas lom keluar lagi, Takat bahasa Jerman tu dh terror...Moga 2014 akan memberi kesihatan yg baik utk Adwa. tahun ni saja 2 kali menjadi penghuni wad Hosp. Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat. Situasi Adwa yang lasak mmg sgt PAYAH nk mengawal dia. Kalau terlebih bermain.berlari@ menjerit mulalah nafas akan berbunyi dan batuk datang..Aduhai anakku...........

2013..penuh memori...suka duka pahit dan manis,,,Alhamdulilah rezeki juga melimpah ruah di tahun 2013. Harapnya 2014 nanti akan berlebih-lebih lagi...


0 ulasan:

Catat Ulasan